Recycle and re-use for a better Climate
24, 25 Sept 2019 - SK Bukit Kuari, Batu Pahat telah menganjurkan Program QUARRY GO GREEN bersempena dengan Sambutan Bulan Keamanan Sedunia 2019. Seramai 140 ahli pengakap yang terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah daripada unit meteorologi mengenai akibat perubahan iklim kepada manusia, pertandingan mengumpul bahan terbuang dan mencipta permainan daripada bahan terbuang turut memeriahkan program. Setelah mendedahkan peserta dengan kepentingan menjaga iklim dunia dan akibat sekiranya iklim dunia menjadi lebih buruk, peserta dilibatkan dengan pertandingan rekacipta permainan daripada bahan terbuang. Pertandingan ini menjelaskan bahawa bahan terbuang ini mampu digunakan semula bagi mengelakkan pencemaran alam seterusnya menggangu iklim secara global. Program seperti ini sangat bermanafaat dalam mendidik pengakap supaya menghargai alam sekitar.