Projek Menceriakan Makmal Sains
Malaysia

Projek Menceriakan Makmal Sains

Berikut merupakan aktiviti yang telah dilaksanakan untuk menceriahkan Makmal Sains di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting :  Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.  Menceriakan persekitaran makmal sains.  Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.  Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada dinding makmal.  Melukis mural.  Mencat makmal. Objektif program Menceriakan Makmal Sains ialah untuk : 1.1 Supaya murid lebih memberi tumpuan semasa belajar sains dengan suasana yang lebih ceria dan selesa. 1.2 Membantu murid dalam memahami konsep sains dengan lebih jelas dengan bantuan mural yang dibuat. 1.3 Memudahkan guru dan murid mencari alat radas sains untuk membuat eksperimen melalui label-label yang dibuat. 1.4 Memudahkan guru untuk mengetahui bilangan alat radas yang telah rosak melalui senarai inventori alat radas yang terdapat dalam makmal sains. 1.5 Meningkatkan pengetahuan murid tentang ilmu semasa yang berkaitan dengan sains melalui info-info yang ditampal di papan kenyataan dalam makmal sains.
Started Ended
Number of participants
2
Service hours
40
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share