Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Fatimah Yaakub dan Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid
Pada Sabtu, 21 April 2018, seramai 14 orang telah pergi ke Pusat Jagaan Fatimah Yaakub dan Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Ahli pengakap lelaki bersama-sama dengan pelajar lelaki madrasah tersebut membersihkan kawasan di sekitar pusat jagaan tersebur. Manakala pengakap wanita bersama-sama dengan pelajar perempuan membuat aktiviti jati diri seperti aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Kami juga mendirikan solat zohor berjemaah dan membaca Surah Yaasiin seterusnya mendirikan solat sunat hajat bagi mendoakan perjalanan Bonda Fatimah Yaakub selamat pergi dan balik daripada mengerjakan umrah.