persiapan untuk jualan
Team sponsor terbahagi kepada 2 kumpulan , iaitu 3 orang untuk kumpulan mencari batang paip dan 3 orang lagi untuk kumpulan jualan. Saya, idayu, dan izwan ialah kumpulan jualan. Pihak UMT akan mengadakan hari keusahawanan pada hujung minggu dan atas nama Kelab Pengakap UMT, kami mengambil peluang keemasan ini untuk melibatkan diri untuk mengumpul sedikit dana untuk projek SWA kami. Kami telah bersepakat untuk mengadakan jualan makanan kerana makanan akan semestinya laku keras berbanding barangan lain. Kami akan menjual makanan seperti kerabu maggi, murtabak maggi, ais krim, air float, dan macam macam lagi. Sehari sebelum hari keusahawanan, iaitu pada 11 Julai 2018, kami bertiga telah ke pasaraya seperti Mydin, Giant, Sabasun, dan Tunas Manja untuk mencari bahan bahan untuk jualan kami. Barang barang yang dibeli termasuklah maggi siam, bekas dan penutup minuman, straw, polisterin, garfu dan sudu plastic, dan lain-lain lagi.