PERMULAAN MAFUS #MADRASAH FOR US

PERMULAAN MAFUS #MADRASAH FOR US

Sebermulanya kumpulan kami membuat tugas masing-masing dengan jawatan yang telah ditetapkan dan saya sebagai penolong ketua projek telah mengemukakan beberapa tugas bersama ketua projek bagi menyesuaikan diri masing-masing.

Selain itu, saya dan ahli mafus yang lain telah bertungkus lumus untuk membuat pembinaan madrasah dimana ia merupakan kerja ini seperti seorang buruh rumah yang bekerja di bawah matahari yang terik dan pelbagai ujian. Tambahan pula kami kurang mempunyai pengalaman ataupun kemahiran bagi menjalankan sesuatu pembinaan ataupun konkrit. Oleh itu, kami amat bersyukur kerana penduduk di kampung itu turut turun bersama-sama kami walaupun panas matahari dan hujan, mereka rela untuk mmbantu kami dan berkongsi segala idea dan ilmu mereka berkaitan pembinaan dan sebagainya.

Impian ini mudah yang disangkakan, bukan mudah untuk senang tapi harus dijuangkan, korbankan masa, dan pelbagai cabaran untuk diterajui bagi menyiapkan projek ini. Pencapaian ini bukannya semudah pejam mata, ia sangat sukar untuk diteruskan tetapi bersatu teguh dan bersama-sama usahakanya ia akan berjalan lancar.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
30
Location
Malaysia

Share via

Share