PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PANGKAL KALA
Pada 29 Oktober 2016 saya dan isteri saya Nor Azlin Binti Mat Nor dijemput untuk mewakili Kelana B Pasir Mas untuk mengetuai acara malam kebudayaan di Sek Ren Keb Pangkal Kala yg diadakan selama 2 hari satu malam. Malam Kebudayaan ini disertai oleh 120 orang murid sekolah yang terdiri dari Badan Beruniform Pengakap, Puteri islam dan Kadet Remaja Sekolah. Kami berdua dikehendaki bertugas selama 2 hari bagi menjaga pelajar pelajar pengakap , dan mengetuai malam kebudayaan pada dua malam perkhemahan tersebut.
Kami dijemput oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pangkal Kala yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan , Puan Kaliza Binti Ismail yang memberi kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu di malam kebudayaan seperti lagu- lagu pengakap.. Pelbagai lagu lagu pengakap telah kami ajari seperti lagu undang - undang pengakap, lagu sayonara , lagu disini senang disana senang dan banyak lagi.Kebanyakkan peserta kem berpuas hati dan memberi respon yang baik kepada kami.