Perkhemahan Unit Beruniform Semester 3 IPGKSAH 2017
Pada 5 September 2017 hingga 8 September 2017, siswa pendidik semester 3 telah menghadiri satu perkhemahan Unit Beruniform di PULAKO IPGKSAH. Perkhemahan tersebut melibatkan tiga unit beruniform iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabut Merah. Pada hari pertama, setelah selesai sesi pendaftaran kami telah diberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan program sepanjang empat hari. Setelah itu, kami telah mendirikan khemah bersama-sama.
Pada hari kedua, kami menjalani aktiviti jalan lasak selepas sarapan pagi. Dalam perjalanan, kami telah berhenti di satu kawasan lapang untuk manjalankan aktivit masakan rimba pula. Kami juga telah dinilai oleh para pensyarah pada ketika itu. pada waktu petang kami meneruskan aktiviti mengikut unit beruniform masing-masing. Kami juga telah menyertai malam kebudayaan pada hari tersebut.
pada hari ketiga, kami menjalani sesi penilaian bagi ikatan dan simpulan, anduh, pertolongan cemas dan CPR sehingga ke petang. Kami juga menyiapkan buku log untuk dinilai oleh para jurulatih.
Pada hari terakhir, kami mengemas dan membersihkan kawasan perkhemahan. Setelah selesai majlis penutup pada lebih kurang jam 11 pagi, kami dibenarkan pulang ke asrama masing-masing.