Perkhemahan unit beruniform : Pengalaman yang menyeronokkan
D'Impian Country Resort, 10 Oktober 2019: Pada minggu yang lalu saya bersama rakan-rakan telah mengikuti aktiviti unit beruniform. Pengalaman memimpin rakan-rakan dalam kumpulan sangat berguna. Antara aktiviti yang mencabar ialah permainan sibuta dan Night Walk. Manakala aktiviti yang sangat seronok ialah memelihara alam sekitar dengan membersihkan kawasan pokok sayur-sayuran dan memberi makan haiwan rusa. Saya dapat masuk ke kandang rusa, mendapat pengalaman menjaga serta menyayangi haiwan.
Semasa perkhemahan juga, saya bertugas sebagai penolong penjaga dewan makan. Tugasnya ialah memastikan dewan makan teratur dan tersusun, menyusun jadual hidangan makanan dan memastikan pinggan dan cawan di letakkan ditempat asal. Banyak yang saya pelajari dalam aktiviti kali ini.