Perkhemahan Rambu Pengakap Kanak-kanak Daerah Jempol 2016
Perkhemahan ini telah berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad, 11 November 2016 hingga 13 November 2016 bertempat di Kem Pengakap Jempol Kg Bukit Laka, Bahau, N. Sembilan.
Seramai 15 orang jurulatih daerah Jempol telah menyumbang tenaga dalam perkhemahan ini. 4 buah sekolah yang terlibat telah menghantar 8 orang calon penerima Anugerah Rambu Biru Pengakap Kanak-kanak.
Ketua Kursus ialah Tuan Fuarudin Bin Razali selaku Penolong Pesuruhjaya Unit Program Daerah Jempol.
Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Sulaiman Bin Malik selaku Pesuruhjaya Daerah PPM Jempol.
Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perkhemahan ini ialah :
1. Ujian Sikap
2. Ujian Kawad Kaki
3. Ujian Ikatan
4. Ujian Pertolongan Cemas
5. Ujian Membina Gadjet
6. Ujian Memasang dan Meruntuh Khemah
7. Ujian Istiadat Pagi
8. Ujian Menaik dan Menurunkan Bendera
9. Ujian Aktiviti Lasak
10. Aktiviti Mendaki Bukit Laka