Perkhemahan Pertandingan Unit Uniform (SR) Peringkat Negeri Pahang 2016
Pada tarikh ini, saya telah membawa 90 pelajar dan 10 guru pemimpin Daerah Bera bagi mewakili daerah ke Perkhemahan Pertandingan Kemahiran Unit Uniform Peringkat Negeri Pahang di Pusat Kokurikulum Maran, Pahang. Antara kategori yang disertai oleh pelajar saya ialah, Kompas Orientering, Gajet, Kawad Statik, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan, Ikatan dan Simpulan dan beberapa acara lagi yang dipertandingkan.
Pengakap Daerah saya telah membawa pulang medal Perak bagi acara Kompas dan Orientering serta Pertolongan Cemas.
Perkhemahan ini telah disertai oleh hampir 800 pelajar dari pelbagai unit.