Perkhemahan Pengakap Pertama di sekolah menengah

Perkhemahan Pengakap Pertama di sekolah menengah

Perkhemahan Ujian Lencana Usaha ini merupakan perkhemahan pertama di sekolah  yang diadakan khusus untuk ahli pengakap muda tingkatan 1. Perkhemahan ini merupakan pengalaman pertama bagi sebahagian peserta yang tidak perlu menyertainya semasa di sekolah rendah. Hari pertama perkhemahan dilihat, ada peserta yang agak janggal apabila perlu berada dengan rakan lain serta perlu menerima arahan untuk melaksanakan suatu tugasan. Namun, peserta dapat menyesuaikan diri dan akhirnya bergembira sepanjang perkhemahan ini. pemerhatian saya mendapati, peserta berusaha untuk menyiapkan buku log mengikut latihan skim lencana usaha. Mereka juga membina persahabatan yang positif apabila beraktiviti bersama. Jelas peserta dapat bekerjasama untuk melengkapkan cabaran. mereka mengatasi rasa malu dan belajar untuk tampil membuat persembahan. Mereka menyediakan makanan secara kerjasama dalam patrol , memupuk semangat untuk berbakti kepada orang lain. mereka juga belajar untuk bertanggungjawab menepati masa , kerana seluruh patrol bergerak bersama.

Perkhemahan ini ditugaskan kepada ahli Pengakap Remaja, untuk merancang dan melaksanakan aktiviti. Ini memberikan pengalaman berharga kepada ahli pengakap remaja tentang cara menganjurkan suatu perkhemahan. Mereka perlu membuat pertimbangan yang tepat agar aktiviti yang dijalankan mencapai prinsip pembelajaran di dalam Pengakap iaitu “Learn by doing” dan “learn it in fun way” serta sentiasa mengutamakan keselamat

Started Ended
Number of participants
15
Service hours
270
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share