Perkhemahan Pengakap Generasi Gemilang

Perkhemahan Pengakap Generasi Gemilang

Lebih 50 orang Ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) menerima sijil, masing-masing pada Majlis Penutup Perkhemahan Pengakap Generasi Gemilang yang diadakan di Tapak Perkhemahan PPNBD, di sini.

 

Ahli-ahli pengakap dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Berakas dan Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (Pengakap Udara) menyertai perkhemahan berkenaan, berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula 24 Januari lalu.

 

Perkhemahan anjuran Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara tersebut merupakan inisiatif pengenalan mengenai cara-cara berpengakap kepada ahli-ahli baharu, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.

 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah pengenalan mengenai ilmu pengakap, termasuk kesetiaan, ikatan, pemasangan khemah juga aktiviti penjelajahan dan pengembaraan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyampaikan sijil dan lencana kepada para peserta pengakap 1st ASEAN Seaboree, Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Paez bin Haji Piluk.

 

1st ASEAN Seaboree diadakan pada 6 hingga 9 Disember 2019, di tapak Perkhemahan Pengakap Sarimbun, Singapura.

Started Ended
Number of participants
15
Service hours
270
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF
Partnerships
Growth
Communications and Scouting Profile

Share via

Share