Perkhemahan Lencana Kemahiran (Pengakap Remaja)
Pada 10-12 Ogos 2019 yang lalu, semua calon pengakap Raja telah berkumpul di SMJK Yok Bin untuk lencana Kemahiran. Seramai 25 orang telah menghadiri perkhemahan tersebut. perbagai aktiviti telah berlangsung seperti Morning Inspection, mendiri dan menurunkan bendera, melempar tali, masakan rimba dan sebagainya. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran Pengakap Remaja agar mereka bersedia untuk cabaran yang akan datang iaitu Penarafan Pengakap Raja. tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.