Perkhemahan Kem Kemahiran Pengakap Negeri Pahang 2017
Bermula pada 25 April 2017 sehingga 28 April 2017, satu perkhemahan Kem Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri Pahang 2017 telah diadakan di Tapak Perkhemahan MRSM Tun Ghazali Shafie di Kuala Lipis Pahang.
Perkhemahan ini melibatkan seramai 1000 peserta (anggaran) dari pelbagai daerah di Pahang seperti Kuala Lipis, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Maran.
Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Terima kasih diucapkan kepada semua penganjur dan peserta yang terlibat.