Perjumpaan Pengakap KLM 21 kali kelima
Perjumpaan ini bermula pada pukul tiga petang. Dalam perjumpaan ini, kami telah melakukan pelbagai aktiviti seperti berlatih istiadat laung agong, mempelajari lagu-lagu pengakap dan membuat wogel menggunakan tali. Selain itu, kami juga membincangkan tentang program yang akan dijalankan di kampus kami. Untuk program tersebut, saya telah ditugaskan sebagai bendahari program. Selepas perbincangan itu, kami pun bersurai pada pukul lima petang.