Perjumpaan Mingguan Pengakap Kelana KLKM UIAM Kuantan
Pada hari ini, saya bersama-sama 6 orang peserta yang lain telah diajar cara dan format untuk pelbagai jenis kawad iaitu kawad statik dan kawad tongkat. Kami diajar cara yang betul untuk kawad, cara senang diri, rehatkan diri dan cara bersedia dalam kawad. Selain itu, pelajaran yang diajar kepada kami merangkumi cara memberi dan mendengar arahan semasa kawad.