Perjumpaan Minggu Pertama, Level 100 Sidang 2017/2018
Perjumpaan Minggu Pertama, Level 100 Sidang 2017/2018 diadakan di DK SK2 yang melibatkan seramai 140 orang ahli level 100. Perjumpaan kali pertama ini membincangkan prosedur untuk melayari portal www.scout.org dan pengenalan kepada kem-kem yang diadakan untuk ahli KLKM. Taklimat disampaikan oleh NYDP 2, Noor Syarafana mengenai silibus Level 100 serta pembukaan akaun MoP. Ahli juga didedahkan mengenai pembayaran baju half-U dan baju uniform. Selain itu, ahli turut diperkenalkan tentang lencana-lencana mengikut tahap pencapaian dan penyediaan buku log. Menerusi perjumpaan ini, pelbagai ilmu tentang pengakap diperoleh. Salam Pengakap!