Perjumpaan Minggu Ketiga Level 200 (Sidang 2017/18)
Seperti biasa, perjumpaan mingguan kali ini dijalankan pada hari Isnin, 25 September 2017 dan bertempat di Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan 2, Universiti Sains Malaysia. Perjumpaan dimulakan dengan lagu Negaraku, agu Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Selepas itu, taklimat disampaikan oleh NYDP 1, Muhd. Faris Hafiy mengenai ikatan yang digunakan untuk membina gajet seperti simpul manuk, lilit balak, lilit pasdul, dan sebagainya. Perkara ini adalah sebagai persediaan menghadapi perkhemahan Manikayu Peringkat 3 (I). Semua ahli KLKM USM mengambil bahagian untuk membuat satu model gajet yang boleh digunakan atau dibuat semasa waktu perkehmahan nanti.