Perjumpaan Minggu Ketiga, Level 100 (Sidang 2017/18)
Malaysia

Perjumpaan Minggu Ketiga, Level 100 (Sidang 2017/18)

Pada hari Khamis, 5 Oktober 2017 telah diadakan perjumpaan mingguan bagi Level 100 sidang 2017/2018. Saya dan beberapa rakan Majlis Tertinggi dan Exco datang untuk membantu kelancaran perjumpaan dengan membrikn tunjuk ajar kepada ahli baru Level 100. Bukan itu sahaja, ada juga ahli daripada Level 300 yang berpengalaman turut datang untuk memberikan tunjuk ajar. Perjumpaan pada kali ini telah diadakan di Padang Senget, Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat asas mengenai ladam kuda oleh saudara Ahmad Syauqi. Ahli juga diajar cara-cara melipat bendera serta ikatan yang digunakan untuk mengikat bendera pada tiang. Ada diantara ahli baru Level 100 yang pertama kali mempelajari ladam kuda. Ini adalah amat penting bagi mereka kerana sebagai persediaan untuk Perkehemahan Manikayu 1 nanti.
Number of participants
130
Service hours
2
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share