Perjumpaan Minggu Kelapan, Level 100 (Sidang 2017/18)
Setiap ahli beratur mengikut krew masing-masing dan bersedia untuk melakukan latihan kawad kaki. Latihan ini diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi perbarisan Hari Kokurikulum yang bakal diadakan kelak. Ahli didedahkan dengan pelbagai teknik asas dalam kawad kaki Pengakap. Dalam masa yang sama ahli juga diberikan taklimat tentang ladam kuda dan kedudukan ahli dalam bentuk ladam kuda bergantung kepada jumlah ketika perjumpaan sama ada ramai atau sikit. Kemudian yang terbaik antara ahli dipilih untuk mewakili KLKM ke pertandingan tersebut.