Perjumpaan KLKM USM Level 300 Minggu Kedua Sidang Akademik 2017/2018

Perjumpaan KLKM USM Level 300 Minggu Kedua Sidang Akademik 2017/2018

Perjumpaan level 300 minggu kedua ini dikendalikan oleh YDP Kelanasiswa iaitu Nur Najjah Bt Abdul Manas dan NYDP 3 iaitu Norsyuhadah Bt Mohammad. Aktiviti yang dilakukan dalam perjumpaan ini ialah mempelajari semula ikatan sebagai persediaan ke Baden Powell Award. Kemahiran ikatan yang telah lama ditinggalkan dimantapkan supaya ahli mengingati kemahiran ini semula. Hal ini demikian kerana, untuk diberi pengiktirafan dalam BP award, peserta mestilah mahir dalam ikatan asas dan ikatan-ikatan lain. Perjumpaan ini juga berlangsung lebih kurang dalam masa 2 jam dan turut dibantu oleh mantan-mantan ahli kelanasiswa.
Number of participants
1
Service hours
2
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share