Perjumpaan Kelas Pengakap Ketiga

Perjumpaan Kelas Pengakap Ketiga

Kami telah belajar Laung Agung. Ini merupakan tradisi dlm Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. Ini adalah untuk menghormati tetamu dan melahirkan semangat setiakawan, perpaduan, serta membina disiplin. Ini diadakan setiap kali diadakan perjumpaaan dan setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….” 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’ 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’ 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
Number of participants
36
Service hours
216
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share