Perjumpaan Kelas Pengakap Keempat
Kami telah belajar anduh. Ada anduh kecil dan anduh besar, anduh tangan, anduh kaki dan lain-lain.
PEMBALUT CINCIN
- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
- Diperbuat daripada pembalut tirus.
- Digunakan untuk menutup luka.
ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN
- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
- bucu atas kain anduh di atas tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN
- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.