Perjumpaan 7 Level 100 Semester 2 Sidang 2017/2018
Perjumpaan kali ini merupakan taklimat mengenai buku log pengembaraan dan latihan berjalan kaki sekitar kawasan USM sebagai persediaan untuk kem pengembaraan 1000 km kenderaan awam. Sebelum latihan berjalan kaki dilakukan, taklimat mengenai buku log telah diberikan oleh Nur Najjah selaku YDP KLKMUSM untuk membolehkan ahli kelana melengkapkan sebahagian isi kandungan buku log pengembaraan sebelum pergi ke kem pengembaraan. Selepas itu, ahli kelana melakukan latihan berjalan kaki dalam kawasan USM sebagai persediaan untuk kem pengembaraan serta tidak mengalami kecederaan pada bahagian otot ketika mengembara kelak. Diharapkan ahli kelana mampu untuk memenuhi objektif kem tersebut dan mendapatkan lencana pengembaraan. Salam Pengakap!