Pengenalan Kepada Messengers of Peace
Saya sebagai koordinator MoP telah menganjurkn program pengenalan kepada Messengers of Peace di SJKC Kuen Cheng 1 pada khamis lalu. Saya telah memberi taklimat tentang cara membuka akaun scout.org dan mengajar cara membuat projek untuk mendapatkan skarf 100 jam.
Saya telah memberikan penerangan tentang logo MoP dan mengendalikan aktiviti MoP Initiatif, iaitu Alele. Ahli-ahli pengakap kanak-kanak berasa sangat seronok dan telah memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi. Dengan menjalankan aktiviti ini, mereka lebih memahami tentang "scout spirit" dan memperluaskan kuasa keamanan ini.