Pengenalan Better World Framework Melalui Kursus Penerangan MoP Daerah Tungku
Kursus Penerangan MoP merupakan kesinambungan daripada kursus MoP Peringkat Kebangsaan Zon Sabah yang telah dilaksanakan pada 01-03 November 2019. Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai Messenggers of Peace (MoP), Scout For SDGs, Better World Framework (BWF) dan Scout.org.
Kursus ini telah berlangsung selama sehari iaitu pada 06 Februari 2020 yang dijalankan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kecil Tungku. Seramai 30 orang yang telah terlibat dalam kursus ini. Peserta yang menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin Kumpulan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh 3 orang Koordinator MoP Kebangsaan iaitu En. Arsani Alam selaku Pesuruhaya Daerah yang memberi penerangan mengenai MoP. Seterusnya, En. Suryadi Bin Lagga selaku Pemimpin Kumpulan 15 yang menerangkan mengenai Scout For SDGs dan BWF. Manakala En. Wan Muhammad Faris Wan Zawawi selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah yang memberi penerangan mengenai Scout.org. Para peserta yang hadir semasa kursus tersebut berjaya membuat pendaftaran akaun Scout.org.