Pengembaraan 60 km
Pada 12 hingga 14 Oktober 2018 yang lalu, seramai 9 orang pengakap kelanasiswa dari KLKM UPM telah melakukan pengembaraan berjalan kaki sejauh 60 km. Para pengakap dibahagikan kepada 2 krew. Setiap krew telah ditugaskan untuk menyelesaikan 5 tugasan di setiap 'checkpoint' yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan adalah seperti berikut:
1. Setiap peserta adalah dipohon untuk mendapatkan maklumat mengenai 1 jenis haiwan dan 1 jenis hidupan laut yang terdapat di dalam Muzium Alam Semulajadi. Ambil gambar haiwan dan hidupan laut yang anda pilih. Dapatkan tandatangan petugas muzium sebagai pengesahan. Pembuktian bergambar melakukan tugasan adalah wajib
2. Setiap peserta perlu mendapatkan 5 jenis daun dan terangkan khasiat daun tersebut. Dapatkan tandatangan petugas taman botani sebagai pengesahan, Pembuktian bergambar melakukan tugasan adalah wajib.
3. Krew anda adalah dikehendaki membersihkan kawasan sekitar Masjid Putrajaya. Dapatkan tandatangan pengesahan. Pembuktian bergambar melakukan tugasan adalah wajib.
4. Berapakan tinggi Milennium Monumen di Presint 2? Lakarkan kaedah yang anda gunakan untuk menganggar ketinggian binaan ini. Pembuktian bergambar melakukan tugasan adalah wajib.
5. Lakarkan imej bangunan PICC dan dapatkan tandatangan petugas sebagai pengesahan. Pembuktian bergambar melakukan tugasan adalah wajib.