Pengakap Sabah Harumkan Nama Pengakap Malaysia di 1st.ASEAN Seaboree Singapore
Persekutuan Pengakap Malaysia menghantar penyertaan ke 1st.ASEAN Seaboree Singapore yang diadakan pada 6hb hingga 9hb. Disember, 2019 bertempat di Sarimbun Camp, Singapore. Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat ASEAN telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Singapore, Mr. Athong Shahbudin. Ketua Kontijen Malaysia di ketuai oleh Skipper Mohd Rizan Gulam Hussein selaku Pesuruhjaya Daerah Inanam, Sabah. Seramai 14 orang Pemimpin dan Pengakap Muda Remaja Pengakap Malaysia di wakili dari Negeri Sabah, Johor dan Negeri Kelantan manakala kit kontijen Malaysia iaitu lencana Kontinjen telah direka khas oleh Pesuruhjaya ibupejabat Program Negeri Sabah Encik Abdul Razik Tiksoy. Antara Negara luar yang terlibat dalam penyertaan perhimpunan laut iaitu Negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Brunei Darussalam, Bangladesh, Sri Lanka, China Hong Kong, Singapore selsku Tuan rumah. Aktiviti yang dilaksanakan antaranya Colour up, berkayak sambil membersihkan sungai scuba diving, Dragon boat, sailing, MPA Gallery Tour dan lain lain.Bagi penyertaan International Services Team pertandingan Dragon Boat dan malam kebudayaan antara negara negara yang hadir.