Pengakap Sabah di arena Istiadat Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 31 Ogos 2019

Pengakap Sabah di arena Istiadat Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 31 Ogos 2019

Seramai 10,000 orang masyarakat pelbagai kaum termasuk pelancong dari luar negara menyaksikan istiadat Perbarisaan Sempena Hari kebangsaan peringkat negeri Sabah yang disertai seramai 172 Kontinjen dengan seramai 8,500 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi, badan gabungan NGO dan pasukan beruniform termasuk Pengakap, Pandu Puteri mengambil bahagian dalam perarakan bekenaan dan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Isteri Datin Seri Shuryani Shuaib serta barisan kabinet Negeri serta Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah, Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.Acara perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah itu bermula seawal jam 7.00 pagi di Dataran Bandaraya jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.Turut diadakan upacara menaikkan jalur gemilang disertai lafaz ikrar dan persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang membawakan lagu Malaysia Tanahairku, Disini lahirnya sebuah cinta dan Malaysia boleh serta persembahan kebudayaan pihak penganjur turut memuatkan puisi khas bagi menyemai perasaan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah diwakili oleh Pasukan Pengakap dari Kumpulan 16  Udara Kota Kinabalu, Kumpulan 08 Krew Kelana Sembulan, Kumpulan 27 Daerah Inanam dan Sekolah Menengah Majakir, Papar.

Number of participants
10000
Service hours
60000
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Global Support Assessment Tool
Good Governance

Share via

Share