PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SK. PEKAN SIPITANG MERAIKAN SAMBUTAN BULAN KEAMANAN SEDUNIA 2019
Seramai 30 orang ahli Pengakap Pendidikan Khas (30) SK.Pekan Sipitang telah terlibat dengan program Sambutan Bulan Keamanan Sedunia tahun 2019 yang dilaksanakan di kawasan sekolah SK.Pekan Sipitang. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah penerangan ringkas sambutan dan tujuan sambutan bulan keamanan, pertandingan mencari pembayang dan mencantum puzzle bergambar di antara sekawan dan mempelajari tarian Messenger of Peace.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli Pengakap Pendidikan Khas di dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan keamanan dan sayangi alam sekitar melalui aktiviti berpasukan.
Pada akhir aktiviti, kesemua ahli berjaya membuktikan semangat dan kesedaran kepada keamanan serta kepentingan kesedaran penjagaan alam sekitar.