Pengakap Bersatu di 6th ASEAN Scout Jamboree Philippines, Tagum City
Persekutuan Pengakap Malaysia menyertai 6th ASEAN Scout Jamboree Philippines di Davao Del Norte, Tagum City, Philippines. Pasukan PPM menghantar 160 peserta termasuk pemimpin menyertai Jambori tersebut. Penyertaan dari Negeri Sabah paling ramai. Peserta mendapat pengalaman yang baru dan pelbagai aktiviti disertai. Peserta dari SMK Perempuan Likas mendapat Johan dalam pertandingan First Aid & Rescue Olympics. 23 buah Negara juga menyertai jambori dimana keseluruhan penyertaan seramai 35000 orang.