PENEMUAN PROJEK, LAWATAN TAPAK PROJEK DAN PENEMUAN TUAN TANAH
Setelah sekian lama mencari masalah-masalah kampung di daerah pasir mas, akhirnya telah menjumpai satu masalah besar ataupun sangat diketepikan iaitu madrasah yang sudah lama ditinggalkan oleh pemilik madrasah setelah beliau meninggal dunia. Madrasah itu sudah hampir 5 tahun ditinggalkan dan tidak diurus dengan baik. Maka dengan kami telah membuat keputusan untuk membina semual madrasah untuk menjadi lebih baik dari sedia kala.
Kami telah berjumpa tuan punya tanah iaitu anak kepada pemilik madrasah tersebut. Beliau sangat gembira setelah mendengar khabar bahawa kumpulan kami ingin membantu dan membangunkan semula madrasah tersebut. Beliau sangat setuju dan telah buat perjanjian dengan kami untuk menjalankan pembinaan madrasah tersebut.