PEMBINAAN SEMULA MADRASAH — PKPB (MAFUS)

PEMBINAAN SEMULA MADRASAH — PKPB (MAFUS)

Bermula dari 18 Mac 2020, semua rakyat Malaysia diperintahkan untuk duduk dirumah demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di semua platform media. PKP ini dijalankan untuk menghindari jangkitan Covid-19 yang kian menular di seluruh dunia. Pandemik ini menyebabkan ekonomi menjadi lumpuh kerana kebanyakkan sektor-sektor awam harus berhenti beroperasi. Hal ini juga berlaku kerana statistik kes yang semakin meningkat saban hari. Kami dapati bahawa segala aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan atau ditangguh. Kami tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti pembinaan ini. Ia agak sukar kepada kami untuk menerima kenyataan ini kerana impian kami adalah untuk menyelesaikan projek madrasah kami ini sebelum bulan Ramadhan. Namun apakan daya, keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah sangat penting dan kami tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, ahli kumpulan kami mematuhi perintah dan prosedur yang telah dinyatakan oleh kerajaan. Oleh itu, kami terpaksa ‘berehat’ buat sementara waktu daripada melakukan aktiviti pembinaan semula Madrasah Haji Senik yang merupakan projek Scout Of the World Award (SWA) kami. Kami masih lagi mengadakan mesyuarat secara atas talian semasa tempoh PKP ini untuk meningkatkan lagi kualiti projek kami ini. Berkat kesabaran dan kepatuhan semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kami mampu untuk menjalankan aktiviti pembinaan ini semula setelah Perdana Menteri mengumumkan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semasa PKPB, aktiviti pembinaan dibenarkan untuk berjalan. Namun, kami harus mematuhi Standard Of Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Sebelum kami memulakan aktiviti, kami memakai pelitup muka dan membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebagai inisiatif untuk mengelak daripada musuh yang tidak kelihatan itu. Kami juga turut menjaga penjarakkan sosial iaitu sebanyak 1 meter. Selain itu, kami mengenakan pakaian yang sesuai dan memakai kasut untuk menjaga keselamatan kami. Sepanjang proses pembinaan semasa tempoh PKPB ini, kami telah berjaya memasang bumbung madrasah, membuat tandas dan tempat mengambil wuduk, mengecat madrasah, memasang jubin lantai dan memasang pintu. Encik Haji Hassan mengajar kami tentang cara-cara mengecat dengan betul. Kami mengambil berus cat masing-masing dan mengecat seperti yang telah dijelaskan oleh beliau. Kami mula mengecat dengan menggunakan cat undercoat sebagai lapisan pertama dinding dalam madrasah dan cat sealer untuk lapisan luar madrasah. Setelah membuat lapisan pertama, kami menggunakan cat warna untuk lapisan kedua. Kami mengecat daripada bahagian ats ke bahagian bawah. Seterusnya, kami memasang jubin lantai. Memasang jubin lantai madrasah merupakan suatu perkara yang agak baru kepada kami kerana kami belum ada pengalaman dalam pemasangannya. Pemasangan jubin lantai ini diberi tunjuk ajar oleh pemuda kampung yang lebih selesa digelar sebagai Abang Fadzir. Beliau menunjukkan tekstur simen yang diperlukan untuk melekatkan jubin itu dan cara yang betul untuk menyusunnya. Kami mendengar dan memerhati dengan sangat tekun agar kami mampu melakukannya dengan baik.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
30
Location
Malaysia

Share via

Share