Pekhemahan Kem Lencana Kemahiran Pengakap Muda dan Remaja
Perkhemahan Kem Lencana Kemahiran Pengakap Muda dan Remaja
Pada hujung minggu lalu, kami telah menyertai Perkhemahan Kem Lencana Kemahiran Pengakap Muda dan Remaja. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Melaka Negeri Melaka. Seramai 450 perserta telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah dijalankan dia SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berkomunikasi menggunakan radio amateur, pertolongan cemas, masakan rimba dan ikatan dan gadjet. Kami amat gembira dapat mempelajari ilmu-ilmu baru.