Motivasi Cara Menguruskan Jenazah
Pada 24 Ogos 2019 yang lalu bersamaan hari Sabtu, telah diadakan Motivasi Cara Menguruskan Jenazah di Masjid At-Taqwa, Perumahan Dato' Shah Bandar, Peramu Jaya 2, Kampung Jambu, 26600, Pekan, Pahang. Seramai 120 orang siswa yang terdiri daripada pelajar DRB-Hicom University of Automotive Malaysia dan Kolej Komuniti Pekan, 3 orang staff serta 10 orang ahli masjid yang terlibat dalam Kursus Pengurusan Jenazah ini.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Motivasi Cara Menguruskan Jenazah adalah
1. Ceramah secara teori.
2. Cara memandikan.
3. Cara mengkafankan.
4. Cara sembahyang jenazah bagi jenazah lelaki dan perempuan.
5. Mengenalpasti bahan-bahan dan barang yang diperlukan.
Dengan ini, secara tidak langsung pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mendalami ilmu berkaitan cara menguruskan jenazah yang merupakan asas kewajipan bagi umat Islam.