Misi Ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
Setelah sekian lama menjalankan aktiviti Pengakap, barisan kepimpinan Pengakap Setiu berhasrat mengadakan lawatan penanda aras ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di Kuala Lumpur. Satu mesyuarat jawatankuasa program telah dijalankan bagi membincangkan urusan lawatan berkenaan.
Perbincangan ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Semangat Padi bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Setiu (Lama) pada 17 Februari 2019. Seramai 13 orang hadir pada mesyuarat kali ini yang telah berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang