MENYAMBUNG PEMBANGUNAN MADRASAH PADA MUSIM PKPB
Pada 13 Mei 2020 semasa PKPB, aktiviti pembinaan dibenarkan untuk berjalan akan tetapi semua ahli perlu mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Saya NIK FATIN NADIA BINTI ZUHIR sebagai ahli MAFUS menjalankan tugas sebagai Biro Multimedia di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.
Saya sebagai Biro Multimedia menjalankan tugas di tapak projek MAFUS dengan mengambil gambar dan video setiap ahli MAFUS dan tempat pembinaan bagi menjadikan sebagai bahan bukti kami melakukan projek tersebut bersama-sama.
Memandangkan malaysia perlu mengamalkan norma baharu saya dan ahli-ahli MAFUS memakai mask,handsanitizer dan mengekalkan jarak sejauh 1meter.Selain itu,saya juga tolong menyediakan makanan dan minuman kepada ahli-ahli dan penduduk kampung yang terlibat semasa hari kejadian .Sementara itu saya mengambil gambar dan video semasa mereka membuat kerja buruh.Saya juga membantu dari segi pembersihan kawasan dan saya juga mengecat dinding.Banyak juga kerja buruh yang saya lakukan seperti plaster dinding disamping memegang jawatan sebagai media bagi mempercepatkan proses menyiapkan madrasah ini.