MENDAKI & MEMBERSIHKAN BUKIT TAMPALAGUS,SIPITANG

MENDAKI & MEMBERSIHKAN BUKIT TAMPALAGUS,SIPITANG

22 SEPTEMBER 2019 : Seramai 23 orang Kelana A Sipitang,1 orang pemimpin,1 orang pengakap diraja,termasuk Penolong Pesuruhjaya Daerah Hal Ehwal Wanita dan Kelana menjayakan program ini yang bermula dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan pendakian beramai-ramai sambil menyanyikan lagu-lagu pengakap. 

Tepat 7.30 pagi,semua rombongan pendakian berkumpul di puncak dan membersihkan kawasan untuk kegunaan pengunjung luar. ADC kelana iaitu Skip Azwan menyampaikan beberapa perkongsian mengenai program ini dengan objektif M.O.P. Selepas selesai perkongsian,semua rombongan sarapan pagi bersama-sama dan berkongsi makanan masing-masing dengan sama rata. Hal ini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara ahli-ahli pengakap.

Selesai sarapan pagi,Semua rombongan turun kebawah sambil bergotong-royong memungut sampah dan mengalhkan pokok-pokok serta ranting yang tumbang supaya laluan selamat. Semoga aktiviti seperti ini berterusan untuk membentuk jati diri seorang pengakap kelak.

Number of participants
27
Service hours
162
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share