Memperkasakan kepemimpinan Pengakap melalui Manikayu
Pemantapan Kepemimpinan dan ilmu pengakap dapat dikongsikan melalui kursus manikayu. penglibatan seramai 24 peserta dan pemimpin pengakap selama 3 Hari 2 malam di Desa Tunas Hijau, Kg. Sunga Pagar telah membuka peluang kepada peserta mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Penetapan tarikh 10-12 Ogos secara sepakat memberi peluang semua peserta dapat mengikuti kursus ini tanpa halangan. Peserta telah didedahkan dengan modul yang ditetapkan seperti Organisasi Pengakap, Unit-unit Pengakap, Latihan Pengakap, Kraftangan, Model Perintis dan gajet, maklumat WOGSM, APR dan Malam Pengakap.
Saya diberi peluang mengendalikan malam pengakap bersama-sama peserta dan mereka sangat teruja dengan pengalaman dan persediaan sebelum melaksanakan malam unggun api. Di samping itu, Saya turut mendedahkan dan berkongsi ilmu cara pengendalian kumpulan di sekolah masing-masing melalui perancangan aktiviti kreatif dan menarik untuk menarik minat pengakap terutamanya generasi baru ini.
Peserta kebanyakkanya terdiri daripada guru sekolah LIS dan SK Membedai manikayu turut diberi peluang untuk melengkap buku log hasil perbincangan secara teori dan laporan pengalaman mereka dalam mengurus kumpulan pengakap masing-masing.
Kursus manikayu bagi peringkat 3(A) ini dengan rasminya telah dilabuhkan tirai oleh Ketua Pesuruhjaya Jaya Negeri iaitu En. Hong Heng Chee pada pagi 12 Ogos 2018. Beliau berpesan untuk persiapan peserta dalam merancang dengan melengkapkan buku log masing-masing. Peserta turut dimaklumkan agar tidak berputus asa dalam menyediakan persiapan bagi kursus manikayu peringkat 3(B) iaitu dari segi fizikal mahupun mental sehingga berjaya dikalungkan manikayu.