MEMBINA SEMULA BING BAWAH TAPAK MADRASAH
Bermula 12 Febuari 2020, Saya SHAHMI BIN ABU HASSAN sebagai ahli rasmi MAFUS menjalankan tugas sebagai buruh kasar di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.
Saya sebagai buruh kasar menjalankan pembinaan madrasah termasuk membuat bing bawah sebagai tapak Madrasah untuk sesi pengikatan batu bata sebagai dinding asas Madrasah. Saya juga membuat pelantaian didalam madrasah. Selain itu, saya menggikat besi tiang berbentuk segi empat menggunakan dawai untuk tiang Madrasah.
Seterusnya, saya membuat kotak tiang yang di ajar oleh tukang yang mahir iaitu Haji hasan iaitu tukang yang berpengelaman. Saya juga menggunakan pengukur air semasa mengikat bata supaya bata lebih stabil dan dinding tidak mudah runtuh.