Manikayu Peringkat 3A (SK Sg. Batu, Pulau Pinang)
Salam sejahtera. Kami seramai 30 orang peserta menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 3A pada 3-5 Ogos 2018 di SK Sungai Batu. Peserta dibahagikan dalam 5 Patrol iaitu Rajawali, Helang, Tiong, Enggang dan Kenyalang. Saya dengan 5 peserta dimasuk ke Patrol Rajawali. Dalam kursus ini, kebanyakkan latihan-latihan dijalankan secara praktikal, iaitu kami diminta oleh jurulatih untuk mendirikan gajet-gajet, masakan rimba, mini gadget, simpulan-simpulan and lain-lain. Kursus ini tamat pada hari ke-3 selepas jurulatih Tuan Hafifee memberi taklimat tentang Manikayu Peringkat 3B diadakan pada 5-8 Oktober yang akan datang. Saya berasa bangga kerana Patrol Rajawali memenang sebagai “Best Patrol” dalam kem ini. Takniah kepada semua ahli-ahli Patrol Rajawali and semua peserta telah berjaya selesai kem Peringkat 3A.