Majlis Persaraan Pensyarah
Semua siswa pendidik dan pensyarah berkumpul di Dewan bagi Majlis Persaraan Dr Seman. Pelajar Dr Seman diarahkan untuk menghiaskan kereta beliau di laluan hijau. Saya berpeluang untuk menghiaskan kereta beliau kerana saya merupakan pelajar beliau semasa semester yang lepas. Kami menghiaskan kereta beliau dengan menggunakan kain batik, daun-daun dan bunga-bunga.