MAJLIS HARI MESRA PENGAKAP KELANA UPM, UM DAN NEGERI SELANGOR 2015
PENGENALAN
Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, telah menganjurkan perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907 yang menjadi titik permulaan bermulanya pengakap di dunia. Setelah itu, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi yang dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Bagi dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Selepas itu, pengakap mula dijadikan sebagai badan unit beruniform atau kelab persatuan di sekolah mahupun di IPTA dan IPTS. Sebagai contoh di Universiti Putra Malaysia, pengakap juga bergiat aktif dalam banyak aktiviti antaranya seperti perkhemahan, forum, membuat kerja amal dan pelbagai program lain yang dilakukan oleh pemimpin dan pelajar. Dalam usaha menaikkan lagi nama dan taraf pengakap di UPM, ahli pengakap bertanggungjawab dan bertindak merancang pelbagai aktiviti dengan sebaiknya bagi memastikan tiada masa yang berlalu dengan sia-sia sesuai dengan misi pengakap iaitu “Sekali Pengakap Terus Berpengakap”.
Justeru, pihak pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Putra Malaysia dengan penuh rasa sukacita dan berbesar hati telah menganjurkan Majlis Hari Mesra Pengakap Kelana dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Selangor. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan, mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan antara sesama pengakap agar perkongsian ilmu dan pengalaman menjadi sebahagian ahli pengakap dapat diadakan dalam suasana yang lebih mesra dan akrab.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan kerja kumpulan dalam Pengakap Kelana.
2. Memberi pendedahan dalam melatih kemahiran komunikasi sesama ahli Pengakap Kelana.
3. Mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam menganjurkan majlis sebagai nilai tambah kepada ahli Pengakap Kelana UPM dan anggota terlibat.
4. Mendedahkan semangat kerja berpasukan sesama ahli Pengakap Kelana dalam satu kumpulan untuk bekerjasama antara satu sama lain.
IMPAK PROGRAM
1. Pengakap Kelana (KLKM UPM) dapat mempamer keupayaan diri dalam menguruskan kerja kumpulan dalam aktiviti Pengakap Kelana.
2. Membina semangat berpasukan dan kerjasama ahli-ahli Pengakap Kelana (KLKM UPM).
3. Ahli Pengakap Kelana (KLKM UPM) dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sesama ahli Pengakap Kelana yang lain.
4. Membina jati diri dan semangat kesukarelawan dalam diri ahli Pengakap Kelana (KLKM UPM).