[ MAFUS ]_Ramah Mesra bersama Pewaris dan Penduduk Kampung
Saya dianggotai bersama ahli kumpulan MAFUS membuat tinjauan di Madrasah Haji Senik Kampung Pak LIimah,Salor.Kami membuat tinjauan melalui dua konsep iaitu pertama melalui pemerhatian, pemerhatian tersebut kami dapat simpulkan keseluruhan alat dan perabot yang ada dalam madrasah tersebut tidak dapat digunakan lagi.Selain itu,melalui pemerhatian juga semasa kami masuk ke madrasah tersebut kami dapati terdapat "busut anai anai" itu menyatakan bahawasanya madrasah tersebut sudah lama terbar begitu sahaja.Konsep seterusnya yang kami lakukan ialah bertemu penduduk kampung,pelbagai aduan yang kami terima dan kami kumpul itu sebagai rujukan kami.Tambahan pula, mereka juga memberi cadangan untuk pembangunan madrasah tersebut.Kami amat berterima kasih atas inisiatif yang diberikan oleh mereka.
Kemudian pertemuan bersama waris Madrasah Haji Senik juga dilakukan dan beliau menggelarkan dirinya sebagai umi.Semasa sesi pertemuan tersebut,umi menceritakan mengenai madrasah ini.Siapakah pengasas nya? Bagaimana boleh terwujudnya nama madrasah Haji Senik? Mengapa madrasah ini terbiar? pelbagai soalan diajukan dan pelbagai juga jawapan yang kami terima.Walaupun sebelum ini kami tidak pernah bertemu dengan umi dan itu merupakan pertemuan kali pertama hubungan kami seperti sudah kenal lama.Ukhwah yang sangat erat dan utuh.Betul lah orang kata tak kenal maka tak cinta.Tambahan pula apabila kita ingin menegakkan jalan Allah dan ajaran Islam sesuatu yang sukar pasti akan jadi mudah.
Setelah lama bercerita dan berkongsi pendapat,maka kami menyatakan hasrat kami yang hadir ini untuk membangunkan semula Madrasah Haji Senik dan umi memberikan respon yang sangat terkejut tetapi pada masa yang sama gembira.Umi menyatakan susah untuk kita bertemu belia seperti pada masa kini yang sanggup bekerja kerana Allah.Umi menyokong dengan hasrat kami itu dan umi juga akan memberi sokongan sedaya yang mampu dari pihak beliau.
Kami berharap madrasah tersebut dapat siap dengan jayanya dan dapat menjadi amal jariah kami semua di akhirat kelak.Selain itu harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kampung dan pewaris tanah tidak akan kami hampakan.