[ MAFUS PROJECT ] Meeting 1.0

[ MAFUS PROJECT ] Meeting 1.0

31 JANUARI 2020

9 PM 

TEMPAT : KEDAI MAKAN 

Saya mengetuai mesyuarat pada malam tersebut bersama Puan Azlin (Koordinator SWA negeri Kelantan) untuk membincangkan tentang projek. Saya mencadangkan projek dan semua bersetuju. Saya juga meminta cadangan semua ahli untuk nama projek yang sesuai dengan tema projek.

Saya telah membahagikan jawatan mengikut kemahiran masing-masing dan persetujuan bersama. Selepas semua jawatan diberi saya membahagikan tugas mengikut jawatan masing-masing. Kami juga berbincang dan memilih tarikh yang sesuai untuk ke tapak projek dan berjumpa dengan anak tuan tanah. Ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan sokongan daripada anak tuan tanah dan penduduk kampung tersebut. 

Alhamdulillah, hasil daripada mesyuarat ini dan perbincangan dengan anak tuan tanah dan penduduk kampung Pak Limah Salor, mereka bersetuju dan menyokong kami untuk membina semula madrasah yang lama terbiar ini. Dengan keputusan dan sokongan yang kami dapat, kami berasa bersemangat dan berbincang apa langkah seterusnya.

 

    Number of participants
    8
    Service hours
    48
    Location
    Malaysia

    Share via

    Share