[ MAFUS PROJECT ] Lawatan ke Tapak Projek

[ MAFUS PROJECT ] Lawatan ke Tapak Projek

 HARI PERTAMA 

TEMPAT: MADRASAH HJ SENIK KG PAK LIMAH SALOR, KOTA BHARU KELANTAN

Pada jam 10 pagi kami ke tempat projek untuk melihat keadaan madrasah tersebut. Kami juga berjumpa dengan anak tuan tanah atau pewaris dan penduduk di Kg Pak Limah Salor untuk mendapatkan kebenaran dan memaklumkan hasrat kami untuk membangun semula madrasah tersebut. Anaknya Nor Aesyah atau lebih dikenali sebagai 'kakda' bersetuju dan bersyukur atas kehadiran kami untuk membangunkan madrasah peninggalan arwah Haji Senik (bapanya). Penduduk Kg Pak Limah juga bersetuju dan amat gembira mendengar niat kami. 

Selepas mendapat persetujuan dan kebenaran dari penduduk kampung, kami mengeluarkan surat hitam putih tanda persetujuan kedua dua belah pihak. Bukan itu sahaja, Kami ke Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk memastikan madrasah tersebut berdaftar dan di bawah tanah wakaf. Status madrasah tersebut berdaftar dan di wakafkan. 

 

 

Number of participants
8
Service hours
48
Location
Malaysia

Share via

Share