[ MAFUS PROJECT ] Gotong Royong Pertama
2 FEBRUARY 2020
8 AM
HARI PERTAMA GOTONG ROYONG (MEROBOHKAN KERANGKA MADRASAH)
Kami (MAFUS) bersama beberapa orang ahli dari Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas dan orang Kampung Pak Limah Salor yang turun padang memberi kerjasama dalam gotong-royong merobohkan kerangka lama madrasah tersebut.
Saya mengetuai gotong-royong ini. Saya membahagikan tiga kumpulan, dimana kumpulan pertama merobohkan di bahagian atap, kumpulan kedua merobohkan dinding-dinding, kumpulan ketiga fokus kepada pembersihan selepas perobohan, saya juga menyediakan tempat yang sesuai dan selamat untuk membuang barang-barang robohan. Kami mengasingkan kayu yang masih boleh dipakai semula dan yang sudah dimakan anai-anak dan meletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
Alhamdulillah, kerja perobohan ini berjaya dalam 60% dengan kerjasama semua. Kami selesai pada pukul 6 petang dan saya menyediakan sedikit makanan dan minuman kepada yang terlibat.