[ MAFUS ]_Pembangunan Madrasah Bermula
Setelah berakhir nya bengkel SWD maka dengan itu telah melayakkan saya untuk menjalankan sebarang projek yang berkait rapat dengan Scout of The Award (SWA).Saya telah memilih untuk menjalankan projek Madrasah For Us (MAFUS) kerana projek ini bersesuaian untuk dijadikan projek komuniti kerana sustainable.
Dalam menjayakan projek kami semua bertungkus lumus mengerahkan tenaga antara cabaran yang kami hadapi adalah bekerja di bawah terik matahari dan pelbagai lagi.Tambahan pula,kami semua tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam melakukan binaan konkrit.Kami sangat bersyukur apabila adanya penduduk kampung yang ingin berkongsi dan mengajar kami sedikit sebanyak dalam bidang ini kerana majoriti penduduk kampung disitu merupakan buruh.
Cabaran tersebut telah mengajar saya bahawa bagi menjayakan sesuatu impian itu bukannya mudah tapi kami semua terus menerus fight bagi menyiap Madrasah Haji Senik tersebut yang terletak di Kampung Pak Limah,Salor.Dan perjuangan untuk meneruskan kehidupan dan mencapai kejayaan juga sukar tetapi dengan adanya usaha dan percaya kepada diri semua akan berjalan dengan lancar.