[ MAFUS ]_Norma Baru 2020 PKPB
Melalui perutusan sidang media yang di telah di utuskan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin akta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac 2020, seluruh rakyat Malaysia diarah untuk duduk di rumah dan dilarang sama sekali melakukan sebarang aktiviti.Perintah ini dilaksanakan supaya virus covid 19 dapat ditanggini daripada terus merebak.Malangnya yang amat mendukacitakan projek Mafus iaitu pembinaan semula madrasah Haji Senik juga terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Pada tanggal 1 Mei 2020, Perdana Menteri Malaysia sekali lagi membuat perutusan untuk menyambung tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan memberi sedikit kelonggaran untuk melakukan aktiviti luar yang tidak melibatkan sentuhan.Kami mengambil peluang ini untuk beroperasi semula setelah sekian lama berkurung di rumah.Ini tidak memutuskan semangat kami untuk menyiapkan projek Mafus ini.Kami tidak akan menghampakan harapan orang kampung dalam melaksanakan projek ini hingga jayanya
Dalam PKPB ini kami mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan sosial dan sentiasa memakai topeng muka.Standard Operation Procedure atau SOP ini harus lah diutamakan agar masalah atau kes jangkitan covid-19 di Malaysia dapat diatasi dan supaya menunjukkan trend menurun.