[ MAFUS ]_Gotong Royong Madrasah Haji Senik
Setelah medapat persetujuan daripada pewaris Madrasah Haji Senik serta mendapat sokongan daripada penduduk kampung jadi fasa pertama kami sudah selesai iaitu mendapatkan persetujuan dari pihak berwajib.Jadi progress seterusnya ialah gotong royong untuk perobohan madrasah.
Seterusnya poster yang telah dicipta kemudian disebarkan memaklumkan bahawasa projek MAFUS akan berjalan tidak lama lagi dan meminta sumbangan daripada masyarakat.Kami juga ada mendapat sambutan daripada penduduk Kampung Pak Limah untuk sukarelawan dalam proses gotong royong tersebut.Bagi menunjukkan pengakap untuk bersaudara Pasukan Pengakap Kelana B – Blackflurry Pasir Mas tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti gotong royong. Itu amat mengujakan kami semua.
Jadi saya belajar sesuatu yang baru iaitu “Untuk menjadi seseorang yang berjaya kita mestilah menjadi pemula/ “ starter” bagi sesuatu kerja atau projek kerana pasti ada yang ingin membantumu hingga ke akhirnya.